Khamis, 24 Julai 2008

wau??

"Yang herannya, mengapakah guru memberiku topik 'wau' ini? Apa yang seronok sangat tentang topik ini? Bukan ada apa informasi tentangnya di 'internet' pun. Buku tentang topik ini entah ada ke tidak." Hatiku berbisik rancak sambil bergeram kepada guru kerana memberiku topik yang aku sesungguhnya fikir, tidak relevan.

Semakin aku memikirkan tentang topik 'wau' itu, semakin aku hendak mencari buturan tentang topik itu dan menunjukkan guru bahawa tiada apapun yang dikenali sebagai 'wau' di alam maya ini. Tidak dapat menggawal perasaan 'mahukan kepuasanku', aku tekad untuk pergi ke perpustakaan sekolah.

Aku meletakkan begku di sebuah sudut lalu menanyakan kepada seorang pustakawan tentang buku-buku yang ada mengenai 'wau'. Terperanjat beruk aku apabila pustakawan itu menunjukkanku buku-buku mengenai 'wau' yang memenuhi hampir setengah rak buku. Ternyatanya. Aku silap.

Aku mengambil buku-buku itu satu demi satu lalu mengambil tahu tentang maklumat penting bagi permainan ini. Berikut adalah salah satu daripada apa yang dapat ku nyatakan melalui penerangan buku itu.

"Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang.Permainan wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat. Begitupun wau bulan sangat digemari oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan dinding."

Tiada ulasan: